Search
 Home > Activity Calendar > PETRONAS AAM Malaysian CubPrix Championship
PETRONAS AAM Malaysian CubPrix Championship
When 19 December 2009 - 20 December 2009
Where Padang Kota Lama, Penang
Description Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Petronas, AAM, Safe Aim Mutual Sdn. Bhd., Kelab Sukan Motor Pulau Pinang [PMSC] Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Petronas AAM Malaysian Cub Prix Pusingan 10, Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 19 & 20 Disember 2009 [Hari Sabtu & Ahad]
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Untuk makluman tuan, perlumbaan yang berprestij ini akan melibatkan jalan-jalan seperti Jalan Padang Kota Lama, sebahagian Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah, sebahagian Jalan Pengkalan Weld dan Lebuh Light.

Sehubungan itu, jalan-jalan ini akan ditutup sepenuhnya mulai 17hb Disember 2009 [Hari Khamis] pada jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi, 21 Disember 2009 [Hari Ahad].

Segala kesulitan adalah amat dikesali. Sekian harap maklum.
MSNPP at Facebook Now!
Year 2010 MSNPP Event Activity

Copyright Reserved © 2009-2012 by Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Disclaimer : By visiting this website, you acknowledge and agree that any reliance on or use of any information available on this website shall be entirely at your own risk.